Friday, December 24, 2010

KAU ampunilah dosaku!!

setiap manusia pasti tidak pernah lepas dari melakukan khilaf dan dosa... terkadang kita tahu itu perkara itu menimbulkan kemurkaanNya. namun masih banyak insan-insan termasuk diriku tetap masih melakukan kesilapan demi kesilapan. contoh2 yang jelas seperti mengumpat,menipu(tipu sunat kononnyer), sombong, bongkak, masuk bakul angkat sendiri yang berlebihan dan bermacam lagi.. kadang2 kita terpengaruh dengan kawan, kadang2 kehendak sendiri.mungkin juga kadang-kadang kita melakukannya tanpa sedar, mungkin juga kita sedar tapi sebab dah tabiat mudah jer terjadi... tapi bila mana kita sedar salah dan silap itu segeralah bertaubat dan berdoalah semoga kita dijauhi dari mengulangi kesilapan yang sama... mohonlah kepadaNya sentiasa agar tabiat ini dapat kita tinggalkan sedikit demi sedikit... semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.aminnn.

Friday, October 15, 2010

apa yang aku cari???

dalam hidup ini setiap orang pasti sentiasa mencari-cari sesuatu untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa.. apa itu yang kita cari.. terkadang kita tidak pasti. apa yang sebernarnya kita mahukan. pabila kita memperoleh sesuatu yang dihajati pasiti masih ader lagi terasa kekurangan.
hari ini ketika ini dan disaat ini aku tahu kita tidak akan puas selagi kita tidak jumpa cinta yang sejati iaitu raasa cinta kepada DIA yang Maha Berkuasa. kerna bukan mudah untuk mendapatkan cintaNYA. hanya insan yang terpilih yang benar2 merasakan betapa hebatnyer cinta Nya sehingga tiada aper yang lebih bernilai. semoga kita terpilih dari kalangan mereka yang mendapat kenikmatan itu sehingga cukup hanya menyebut namaNya kita menitiskan air mata kerna betapa agungnya DIA dimata kita.. semoga kita sentiasa melaksanakan aper yang disuruh dan meninggalkan aper yang ditegah... semoga Allah menetapkan iman kita dan sentiasa berada dijalanNya dengan iringan keredhaanNya. amin ya rabbalalamin...

Sunday, July 4, 2010

tempat baru, kos baru, teman baru,

baru-baru... semuanya baru... boring ker???
mula-mula kot.. skang dah ceria skit... bukan mudah untuk menerima sesuatu yang baru ditambah dgn sesuatu yang diluar impian.. namun begitulah lumrah sebuah impian... kita melakar sesuatu impan setiap detik dan ketika... membina impian penuh berwarna-warni... tetapi di pula kadangnya warna yang kita impikan menjadi kenyataan... redha dan tabah menerimanya kerna DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.... kerna sesempurna mana impian yang kita garap tidak tentu lagi ia adalah yang terbaik untuk kita... sedarlah insan yang terbaik untuk kita adalah anugerah terindah untuk kita tanda kasih sayang-NYA... akanku perjuangkan anugerah ini hingga titisan darah terakhir... doaku sentiasa agar teman-teman berjaya dalam bidang yang dicebur dan redah menerima ketentuan-NYA n tidak teragak-agak untuk menerima takdir-NYA.. aminnnnnn!!!!!!!!!!!!!

inteam-damba kasih