Saturday, January 22, 2011

4 wanita penghuni syurga dan neraka

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

4 golongan lelaki ahli neraka

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu berhala..”
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang kelakuan yang haram dan membuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah. Siri

ibu!! ibu!! ibu! ( remaja wanita yang solehah aset buat generasi masa hadapan)

who should we respect too after Allah and Rasulullah
comes your mother!
who next?
your mother!
who next?
your mother!
and then your father......

ibu... siapakah dier buat kita ketika ini... siapakah dier buat remaja masa kini??
aderkah dia insan yang utama di hati selepas Allah n Rasulullah???
renung-renungkanlah??? ker pakwe kita yang utama??? saya ingin persoalkan disini buat insan2 remaja kini and buat diri saya juga!!! saya ingin kita sama-sama sedar siapa yang lebih penting dan utama dalam kita melayari bahtera kehidupan di dunia yaang fana ini.. gejala sosial semakin berleluasa.. knp??? eh ape plak kaitannyerr gejala sosial n ibu kita..sudah pastinyer ader perkaitan yang rapat.. kalo kita sedar betapa besarnyer pengorbanan seorang ibu melahir dah membesarkan kita pastinyer kita akan meletakkan dia di tempat yang teguh di jiwa kita. pastinyer kita akan menjaga maruah n perlakuan kita agar jasa n pengorbanan ibu kita terbalas di akhirat kelak.. jangan kerana kita ibu kita mendapat aib didunia ini... apetah lagi di akhirat kelak..mesti ader yang terdetik.. kalo ibu tu bek tak per.. cam ner lak ngan ibu yang tak bertanggungjawab...betul tak?? siapa kita untuk mempersolkan kekurangan ibu.. tuhan ker?? kita nier perfect sgt ker??? bila jadi ibu nnt kita comfirm ker dapat masuk syurga berkat anak2 kita?? tak tahu ag kan??? so firstly berbaktilah pada ibu kita kerna walaumcm mana pun mereka, ibu dah bnyk berkorban sanggup membiarkan anaknyer membesar didalam rahimnyer selama 9 bulan n melahirkannyer.. igt senang ker??? pikir2kanlah... kalo kita sebagai anak dapat mehargai ibu n menjaga mereka agar mereka mendapat ganjaran syurga kelak.. insyaAllah one day kita juga akan memperoleh aper yang ibu kita peroleh kerna dunia ini bulat..what we do, we will get back...
kita harus mulakan dulu!!! wanita solehah punyer harga diri yang tinggi...jagalah...

Tuesday, January 18, 2011

keyakinan@confident

setiap insan pasti ader level confident masing-masingkan... kadang2 kita rasa cam confident giler, kadang2 puas nk try confident but tak leh.. kadang2 waktu perlu over confident kita tak confident. tapi bila kita tak patut terlalu confident kita terover plak... cam ner tuh???
adoi...nak manage diri sendiri pun susahkan... tapi bagi saya pergantungan kita sepenuhnya kepada yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, dan Maha Mengetahui dapat membantu kita manage diri..insyaAllah.. setiap aper yg dikurniakan ader sebab musababnyer.. kalo kita sgt memerlukan tahap keyakinan yang tinggi mohonlah padaNya pasti dia akan beri yang terbaik untuk kita.. serahkan segala2nya padaNya pasti kita bisa trima yang terbaik.. and mungkin terkadang kita tak dapat trima aper yang kita inginkan.. janganlah kita kecawa. jadikannya sebagai pendorong semangat untuk masa hadapan.. blaja dari kesilapan itu adalah kunci paling utama dalam idup...jangan jadikan kesilapan yang kita lakukan satu perkara negatif dalam lipatan hidup kita, positifkannya dengan menjadikannya panduan n sempadan idup kita di masa hadapan.. gud luck... semoga semenyer berjaya dalam idup..InsyaAllah..aminnnn

Tuesday, January 11, 2011

penyakit hati!!

isu minggu ini.. aper itu penyakit hati??
pada pandangan saya penyakit hati ini bilamana sesuatu negatif yang terasa, berasa, terdetik atau terlintas and segala ter yang terbit dihati kita. ianya ibarat satu titik hitam yang kita titik dihati kita. semakin banyak titik yang kita noktahkan makin lama makin besar ruang hati kita yang hitam..dari bulat kecik menjadi semakin besar..
kalaulah kita boleh tengok setiap hati2 manusia ni betapa jijiknya kita melihat kotoran itu ibarat seperti tahi lalat yang naik kat tudung putih.. eee gelikan... mesti nak cepat-cepat cuci.. disebabkan kita tak nampak hati kita cam tu kita dengan selumber nyer menambah titik2 hitam. sama ader dengan sedar atau tidak..
kalo kita sayang kat hati kita and nk ia putih bersih sentiasalah kita muhasabah diri agar yang putih dapat dikekalkan yang hitam kita klorokkan...
persoalan disini klorok per nak guna yer?? klorok yang jual kat kedai ker???
kalo nak try boleh jer..huhuhu..
disini saya senaraikan antara cara mencegah and merawat penyakit hati yang saya dapat melalui perkongsian bersama sahabat2 saya... arap kita sama renung2kan..
1. membaca al-Quran dan maknanya
2.mendirikan solat di malam hari.
3.bersama dengan orang2 yang soleh
4.berpuasa sebanyak mungkin
5. berzikir kepada Allah SWT.

selamat mencuba and semoga hati kita terpelihara dari perkara-perkara yang dimurkaiNYA.
jadilah kita insan yang sentiasa berfikiran positif dan beriman kepada ALLAH SWT.

Friday, December 24, 2010

KAU ampunilah dosaku!!

setiap manusia pasti tidak pernah lepas dari melakukan khilaf dan dosa... terkadang kita tahu itu perkara itu menimbulkan kemurkaanNya. namun masih banyak insan-insan termasuk diriku tetap masih melakukan kesilapan demi kesilapan. contoh2 yang jelas seperti mengumpat,menipu(tipu sunat kononnyer), sombong, bongkak, masuk bakul angkat sendiri yang berlebihan dan bermacam lagi.. kadang2 kita terpengaruh dengan kawan, kadang2 kehendak sendiri.mungkin juga kadang-kadang kita melakukannya tanpa sedar, mungkin juga kita sedar tapi sebab dah tabiat mudah jer terjadi... tapi bila mana kita sedar salah dan silap itu segeralah bertaubat dan berdoalah semoga kita dijauhi dari mengulangi kesilapan yang sama... mohonlah kepadaNya sentiasa agar tabiat ini dapat kita tinggalkan sedikit demi sedikit... semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.aminnn.

inteam-damba kasih